Rabu, 7 Februari 2018

Catatan: Saksi Pertemuan


SAKSI PERTEMUAN

Di situ kita bertemu. Mewarna cinta dari kebiruan rindu. Membina bahagia dari kelam kelabu semalam. Di situ kita bersama. Menyimpul ikatan seutas tali yang terputus. Mengepal tanah terlerai dan menimbunnya menjadi segunung bukit. Di situ kita berdiri. Hingga mutakhir ini. Hingga terakhir nanti.

Sufian Mohamed Salleh
Bukit Putus, Negeri Sembilan
12 Disember 2016

-------------------------------------------------------
Nota: Dah lama "catatan" ni aku tulis dan terperap dalam apps ColorNote dalam handphone aku, hari ni baru aku perasan (tersedar) ianya belum lagi dimuatnaik dalam blog Transit ni, haha!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan