Memaparkan catatan dengan label KUTUBKHANAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUTUBKHANAH. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Januari 2020

Free Gift: Poster Mini TRANSIT


Poster Mini TRANSIT bersaiz A4 diberikan percuma kepada mereka yang membeli kombo empat buah zine puisi; TRANSIT #1 + TRANSIT #2 + TRANSIT #3 + PERANG DUNIA TERAKHIR. Pakej penuh 4 zine berharga RM10 termasuk kos pengeposan. Whatsapp 019-2597570 jika berminat.


Rujuk:

Isnin, 15 April 2019

Empat Zine Puisi Telah Dihasilkan!


Diam-diam dah 4 zine puisi aku hasilkan, hehe!

TRANSIT #1: Aku Bukanlah Pemuisi [Disember 2016]
TRANSIT #2: Di Sini Selama Ini [Februari 2018]
TRANSIT #3: Langit Pasti Kembali Membiru [Mac 2019]
PERANG DUNIA TERAKHIR [Disember 2018]

Secara keseluruhan untuk 4 zine ini melibatkan 80 mukasurat bercetak. Ada sesiapa berminat? Pakej penuh 4 zine = RM10 termasuk kos pengeposan. Whatsapp: 019-2597570.

Isnin, 25 Mac 2019

TRANSIT #3: LANGIT PASTI KEMBALI MEMBIRU


Transit #3 dah siap!

Dicetak dalam format minizine 20 mukasurat (termasuk kulit) bersaiz A5, zine puisi “syok sendiri” karya aku (Sufian Mohamed Salleh) menghimpunkan sejumlah 12 buah sajak dan 4 catatan puitis (kononnya-lah, haha!) untuk dikongsi bersama kalian semua di luar sana kalau-kalau ada yang berminat untuk mendapatkannya lah, hihii! Ini edisi ketiga, susulan kepada dua terbitan Transit-Zine yang terdahulu. Whatsapp: 019-2597570.


hidup ini bagaikan langit terbentang, dan seketika pandangannya terhalang; tompokan awan hitam dan guruh api, takkan pernah merubah jika kau tahu... langit pasti akan kembali membiru.

Ahad, 23 Disember 2018

PERANG DUNIA TERAKHIR


PERANG DUNIA TERAKHIR
...sebuah himpunan puisi perlawanan nukilan Han Trashnoiser [blog Noise From Hell / zine My Own Mind] dan Sufian Mohamed Salleh a.k.a Pyan Nathias [blog Up The Punx / zine Bangkit!]. Tarikh Terbit: 21 Disember 2018


Terbitan Bersama:
TRANSIT ZINE & TRASHNOISER PUBLISHING

Khamis, 23 Ogos 2018

Kontribusi Puisi dalam SAJAK-SAJAK REBEL ANAK-ANAK PUNK


Dua sajak aku telah dimuatkan dalam naskah literatur terbitan eksklusif Bangkit! Fanzine: Sajak-Sajak Rebel Anak-Anak Punk. Ia mula diedarkan pada 1 Jun 2018 lalu, secara keseluruhannya menghimpunkan 48 buah sajak / puisi serta 8 karya ilustrasi / senilukis dari 26 individu kontributor. Sajak-sajak yang aku sumbangkan adalah:

1. Keadilan Yang Dipijak-pijak (ms.46)
2. Kau Fikir Kau Siapa? (ms.47)

Ahad, 11 Mac 2018

Kontribusi Puisi dalam MY OWN MIND #0


Dua (2) buah sajak tulisan aku dari blog TRANSIT ini telah disumbangkan dan disiarkan dalam ruangan Sajak-Sajak Underground dalam zine MY OWN MIND #0 (Terbitan & Edaran: Bangkit! Publishing Support Division). Sajak-sajak tersebut adalah:


My Own Mind zine adalah suntingan Trashnoiser dari blog Noise From Hell | nfhzine.blogspot.com

Jumaat, 9 Mac 2018

Testimoni: Transit #2 – Intan Kamariah


Indah sekali garapan bahasanya. Dan terasa dekat di hati semasa membacanya.. – Intan Kamariah (4 Mac 2018)

Khamis, 1 Mac 2018

Testimoni: Transit #2 – Norzimah Ismail


Semalam saya terima 2 buah buku puisi dan CD daripada Sufian Mohamed Salleh. Terima kasih Sufian. Buku-buku itu mengandungi koleksi puisi karangan ahli seni, ada panjang ada yang pendek. Bahasa mudah difahami. Kelihatan pemuisi seorang yang peka terhadap tindak-tanduk resam manusia di dunia ini. Ada message yang tersirat. Syabas Sufian kerana berjaya menyentuh perassaan pembacamu. – Aunty Norzimah Ismail (27 Februari 2018)

Kontribusi Puisi dalam BANGKIT! #6.5



Sajak berjudul Jangan Biarkan Mentari Sepi sebelum dimuatkan dalam Transit #2: Di Sini Selama Ini (Februari 2018), telah terlebih dahulu disiarkan dalam zine Bangkit! #6.5: keluaran khas Kuala Lumpur Zine Festival 2017 (Disember 2017).

Selasa, 13 Februari 2018

Senikata: Hilang Berganti


HILANG BERGANTI

Keindahan bersamamu semakin lenyap
Cahaya pelita cintamu kian malap
Semakin hari semakin jauh berlari

Perpisahan titik henti segala kasih
Diriku bukanlah kekasih yang kau pilih
Dirimu pergi diriku sepi sendiri

Tapi sepi hati ini hanya sementara
Tiba-tiba terpancar cahaya
Segalanya menjadi segar semula
Bunga-bunga semekar kembang pagi

Seri mewangi di taman hati
Indah berseri bak pelangi
Ku mensyukuri kurnia Ilahi
Tiada bandingan di hati

Kehilangan telah ada pengganti diri
Usahlah dirimu kembali mengganggui
Usah diburu usah diganggu diriku

Cintamu patah
Tumbuh hilangnya berganti...

Senilagu / Muzik / Vokal: Johan Majid
Senikata: Yans (Sufian Mohamed Salleh)

Deskripsi:
Ciptaan asal muzik dan lirik lagu ini menurut sejarahnya ditulis sekitar era 80-an, tidak begitu diingati tahun yang tepat. Apa yang masih dalam ingatan, ketika itu saya dan sepupu saya (Johan) masih lagi di bangku sekolah menengah, sama-sama memanjat pokok jambu, melepak dan berborak di waktu petang dan saling berkongsi minat mencipta lagu dan menulis lirik. Johan yang kini merupakan seorang guru bahasa Jepun baru-baru ini pada awal tahun 2018 telah memperdengarkan kepada saya lagu nostalgik ini, lagu ciptaan lama yang telah dilengkapkan dan diperkemaskan. “Hilang Berganti” ini adalah memori zaman kanak-kanak / awal remaja yang kami (saudara sepupu) kongsi bersama dan ia akan terus kekal menjadi nostalgia sepanjang hayat kami. Sebenarnya ada banyak lagi lagu dan lirik yang kami hasilkan waktu itu, cuma (buat masa ini) hanya ini yang menjadi kenyataan. Semoga kalian terhibur dengan “Hilang Berganti” ini, sebuah lagu yang membawa kembali keindahan dan kenangan irama pop 1980-an. Terimalah seadanya...
– Nota oleh Sufian Mohamed Salleh 

Sabtu, 10 Februari 2018

TRANSIT #2: DI SINI SELAMA INI


Transit Kembali!

Isu kedua zine TRANSIT dahpun siap! Seperti yang pertama dulu, format kali ni juga sama; menghimpunkan 12 Puisi dan 4 Catatan karya syok sendiri Sufian Mohamed Salleh a.k.a Pyan Nathias, hehe! Naskah ini asasnya diterbitkan atas dasar sekadar satu koleksi peribadi yang ingin dikongsikan bersama rakan-rakan yang berminat, hmmm.. ada ke yang berminat? Kalau ada, hubungi saya di: facebook.com/piankvlt.




Tuhan! Sebelum aku menutup mata, izinkan aku sejarahkan cinta. Biar jadi rindu-rinduan, buat semua yang aku tinggalkan. Terima kasih Tuhan! Aku menulis bukan kerana nama, aku menulis hanya kerana cinta.

Selasa, 14 Mac 2017

Testimoni: Transit #1 – Raimi Barbarossa


Pyan atau Suffian adalah seorang penulis yang berbakat dikenal melalui penulisan beliau yang bagus dalam Nathias zine, Bangkit! Zine dan webzine beliau Ekstrim. Kerja-kerja beliau kemas dan setiap penulisan beliau bukanlah kosong melainkan ianya telah melalui kajian kes dan latarbelakang topik yang beliau bawakan. Saya meminat hasil-hasil kerjanya. 

Seperti yang diketahui, saya tidak handal dalam bidang sajak dan puisi. Namun saya menghargai personal zine karya Pyan yang penuh garapan emosi, sarat dengan pengalaman dan isi hatinya. Terdapat nukilan dan foto-foto bagi memberi lebih pengertian mengenai arah tuju zine ini. Dapatkan karya unik dari Pyan@Suffian yang terkenal dalam pergerakan muzik punk dan metal tanahair atau anda boleh juga membawa penulisan-penulisan seni beliau melalui blog: transit_seni.blogspot.com

Rebiu ini diletakkan di blog KHUSYUK KEMATIAN:

Raimi Barbarossa – 11 Mac 2017

Sabtu, 31 Disember 2016

Kontribusi Puisi dalam PSYCHOTIC ART ZINE #23


Empat (4) buah puisi tulisan aku dari blog TRANSIT ini telah disumbangkan dan disiarkan dalam PSYCHOTIC ART ZINE #23 (Keluaran Khas: Seremban Zine Fest 2016). Puisi-puisi tersebut adalah:

2. Duri 
3. Bebas 


Bagi yang belum memiliki zine ini dan berminat untuk mendapatkannya, silalah berhubung dengan editornya saudara Amir Fadli di:

Rabu, 7 Disember 2016

Testimoni: Transit #1 – Flash Rock


Aku Bukanlah Pemuisi (Transit #1) sebuah hasil karya Pyan Nathias adalah sangat berlainan dengan jiwanya yang boleh dilihat. Ternyata memang ada perasaan emo di dalam hati kekeke.. catatan pendek yang dikumpulkan dari tahun 2013 sampai 2016 menampakkan bentuk luahan yang terpendam dan kini dibukukan. Tertulis melalui kasih sayang terhadap insan terpenting dalam hidup dan kata-kata semangat untuk diri sendiri bagi meneruskan sesuatu yang sedang diusahakan. Seperti menanti cabaran dan dugaan seterusnya bagi meneruskan kembara destinasi beliau untuk terus ke hadapan. Sangat baik dan touch my heart. Tq boss atas freegift ini. I will keep this friendship as tough as steel. Keep it up!

Flash Rock – 7 Disember 2016

Nota: Nama sebenar Flash Rock adalah Mohd Tarmizi bin Saadon. Beliau pernah menyunting fanzine yang dikenali sebagai popcorn2alicia zine dan kini merupakan vokalis/bassist dalam band Crust Grind/Punk, Terryrotten.

Isnin, 5 Disember 2016

Testimoni: Transit #1 – Adi Herman


Bait-bait puisi beranyam aksara indah hasil karya tuan Pyan Nathias. Terima kasih untuk zine-nya, tuan.

Adi Herman - 5 Disember 2016

Nota: Adi Herman adalah ketua editor zine Bisak Palak serta penulis antologi cerpen Pentagram Di Atas Pusara. Beliau juga pengendali blog Molotov Cocktailz

Ahad, 4 Disember 2016

Testimoni: Transit #1 – Khairul Mohd Zan


"Yang paling halus adalah jiwa"
Terima kasih kembali bang Pyan Nathias..

Khairul Mohd Zan – 4 Disember 2016
facebook.com/kairu.rukawa

Nota: Khairul adalah penulis / penyunting zine Kontradiksi.

Jumaat, 2 Disember 2016

Testimoni: Transit #1 – Mohd Asraf Mohamad


"aku hanya mahu berkata-kata
dalam bicara tanpa suara
tentang mimpi dan kehidupan
tentang realiti dan pengakhiran"

Zine TRANSIT #1 Aku Bukanlah Pemuisi. Sudah selamat sampai. Hasil nukilan Abang Pyan. Ternyata, dengan menggunakan ayat-ayat 'simple' dan mudah untuk difahami- lebih terus menusuk jantung, tenggelam dalam ufuk jiwa --tanpa meronta. Dikupas halus isi sajaknya hingga telanjang indah aksara. Sajak-sajak yang terkandung dalam zine ini terlalu khusyuk membuai; menekan jiwa, seolah mahu meronta, berteriak rasa dan resah untuk berjuang melalui lorong-lorong kehidupan membuak di dada.

Selepas membaca zine ini, mungkin saya tak akan bergurau lebih kurang dengan Abang Pyan. Segan juga rasanya.

Menulis terus, bang!

Mohd Asraf Mohamad – 1 Disember 2016
instagram.com/asrapmohamad
facebook.com/asrap.mohamad

Nota: Asraf Mohamad adalah penulis zine Eksploitasi Sunyi.

Khamis, 1 Disember 2016

TRANSIT #1: AKU BUKANLAH PEMUISI


Telah Terbit!

Himpunan 12 Puisi & 4 Catatan acah-acah puitis karya syok sendiri Sufian Mohamed Salleh a.k.a Pyan Nathias. Dicetak dalam format minizine 20 mukasurat (termasuk kulit) bersaiz A5. Diterbitkan atas dasar sekadar satu koleksi peribadi yang ingin dikongsikan bersama rakan-rakan yang berminat. Ianya bukan untuk dijual-beli. Sesiapa yang ingin turut menikmati perkongsian ini, inbox saya nama & alamat. Hubungi: sufianmohamedsalleh@gmail.com.




Bak kata Ramli Sarip: "Aku menulis bukan kerana nama. Kerana sifat kasih pada sesama insan dan menyatakan kasih sayangku. Kita sama semuanya sama. Apa yang ada hanyalah kehidupan".

Isnin, 31 Oktober 2016

Kontribusi Puisi dalam BANGKIT! #2.5


Empat (4) buah puisi tulisan aku dari blog TRANSIT ini telah disumbangkan dan disiarkan dalam zine BANGKIT! #2.5 (Edisi Khas: Kuala Lumpur Zine Fest 2016). Puisi-puisi tersebut adalah:

1. Janji Kata
2. Yang Hilang Dari Pandangan
3. Binatang!
4. Kehidupan Telah Mati

Maklumat lanjut mengenai penerbitan zine BANGKIT! #2.5 boleh dilihat di: punksinametalhead.blogspot.com atau di facebook: fb.com/bangkitzine.

Rabu, 20 Julai 2016

Kutubkhanah: Ulasan – Bisak Palak #1


BISAK PALAK – Edisi Pertama
Metuk Ulau Underground Voices
Bisak Palak bermaksud “Koyak Kepala” dalam bahasa Sarawak. Zine ini adalah Antologi Penulisan Kreatif Warga Bintulu diketuai penulis / penyunting utama Pendekar Mustar (atau nama sebenarnya Adi Herman yang terlebih dahulu dikenali melalui Antologi Cerpen Pentagram Di Atas Pusara). Para pengkarya lain dalam edisi pertama terbitan pada Februari 2016 ini termasuklah Barangkali Marus Kamarudin, Jika Jackson, Kevin Keegan Jerome, Pian Mpun Ana dan Korawk Al Naseer. Mereka segelintir warga Bintulu yang mahu keluar dari kepompong kehidupan normal dan mempersoalkan perihal persekitaran menerusi karya kesusasteraan; berupa sajak dan juga cerpen. Pendekatan penulisan mereka cukup menarik, kreatif, dibantu pula oleh penguasaan bahasa yang baik menghasilkan karya-karya yang pelbagai wajah dan natijahnya; kritis dan sinis di sebalik bait-bait puitis, pedas dan panas di penghujung ceritera-ceritera satira, cukup-cukup pelbagai. Bisak Palak kesimpulannya satu penerbitan yang melampaui normal, melangkaui formal dan sebebasnya tanpa sekatan peraturan dan perundangan (penulisan). Sejumlah 10 buah sajak dan 11 cerpen terhimpun dalam naskah Bisak Palak #1 berketebalan 36 mukasurat saiz A5 yang mana hampir keseluruhannya ditulis dalam bahasa ibunda.
facebook.com/bisakpalak
metukulau.blogspot.com