Jumaat, 1 Julai 2016

Puisi: Siapa Yang Kata???


SIAPA YANG KATA???

Siapa kata?
Malaysia Masih Aman
sedang jenayah dibiar bertebaran
terutamanya politik kotor dan jelek
membunuh hidup warga marhaen

Siapa kata?
Rakyat Didahulukan
tatkala mereka-mereka yang di atas
mengambil semula dan menyapu bersih
pendapatan kami di bawah yang tertindas

Siapa kata?
Ringgit itu bahagia
siapa yang bermewah-mewah berbini dua-tiga
tanpa dilihat lebih ramai yang derita
terkapai lemas di lautan ekonomi gila

Siapa kata?
Kami suka gula-gula
di masa sama hak insani diadu domba
sila berambus Jibbi ibni Firaun
kangkung turun kau pun kenalah turun!

Sufian Mohamed Salleh
11/06/2016, 6:20am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan