Jumaat, 1 Julai 2016

Puisi: Janji Kata


JANJI KATA

kata mengatur bicara tentang cinta
cinta ditabur dari jejiwa nista dusta
dusta mengabur mata hati tanpa dosa
dosa dihulur tiada endah indah syurga

syurga dibina dari batu permata maya
maya dihina bila satu hilang percaya
percaya dipinta biar utuh bias cahaya
cahaya dicipta atas kelam bayang budaya

budaya ini sampai bila sampai mana
mana itu mana ini ada sekali tiada berkala
berkala hilang sekali datang panji janji
janji cinta janji dusta asal boleh janji kata

Sufian Mohamed Salleh
01/07/2016, 3:00pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan