Jumaat, 1 Julai 2016

Puisi: Mimpi & Realiti


MIMPI & REALITI

di gigi pantai ini aku berdiri
memandang sejauh alam nan luas
ingin sekali ku gapai HORIZON itu
ingin sekali ku lihat bertemunya
kaki langit dan hujung lautan
namun itu tiada pernah terhitung
ia INFINITI, tiada hakiki
aku cari cahaya yang terpancar
yang kelihatan ada di antaranya
hakikatnya ia tiada, sekadar ilusi
aku dipermain dalam FATAMORGANA
kehidupan ini..
antara mimpi dan realiti...

Sufian Mohamed Salleh
4 September 2014

Nota: Puisi ini asalnya "tiada judul". Ia ditulis dan diserahkan kepada DELUSI, sebuah projek muzik Dark Ambient difahamkan untuk diletak dalam booklet satu rilisan 3-way split antara DELUSI dan dua projek lain dari Indonesia. Perkataan-perkataan dalam HURUF BESAR adalah judul-judul 3 buah lagu dari DELUSI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan