Ahad, 23 Disember 2018

PERANG DUNIA TERAKHIR


PERANG DUNIA TERAKHIR
...sebuah himpunan puisi perlawanan nukilan Han Trashnoiser [blog Noise From Hell / zine My Own Mind] dan Sufian Mohamed Salleh a.k.a Pyan Nathias [blog Up The Punx / zine Bangkit!]. Tarikh Terbit: 21 Disember 2018


Terbitan Bersama:
TRANSIT ZINE & TRASHNOISER PUBLISHING

Khamis, 13 Disember 2018

Puisi: Langit Pasti Kembali Membiru


LANGIT PASTI KEMBALI MEMBIRU

meskipun mendung bertandang
singgah di jendela sepertiga malam
dan mengaburi saujana pandang
di sepanjang susur kelam

kau percayalah pada dirimu bahawa
langit pasti akan kembali membiru

biarlah unggas berlagu senyap
meratap di celahan rimbunan gelap
tatkala sayapnya dipaku duri
cuma malam hingga terbit matahari

kau percayalah pada dirimu bahawa
langit pasti akan kembali membiru

percayalah,
hidup ini bagaikan langit terbentang
dan seketika pandangannya terhalang
tompokan awan hitam dan guruh api
takkan pernah merubah jika kau tahu
langit pasti akan kembali membiru

kau percayalah pada dirimu bahawa
langit pasti akan kembali membiru

Sufian Mohamed Salleh
22 November 2018 / 5:42 p.m.

Catatan: #dalamgerimis


#dalamgerimis

Mengimbas kenangan. Mengubat kerinduan. Sudah hampir tiga tahun abah pergi. Dan aku tahu abah cukup tenang dan bahagia di sana, di negeri abadi. Abah, sungguh aku rindu. Pada suaramu yang memanggilku.

Sufian Mohamed Salleh
27 November 2018