Isnin, 15 April 2019

Empat Zine Puisi Telah Dihasilkan!


Diam-diam dah 4 zine puisi aku hasilkan, hehe!

TRANSIT #1: Aku Bukanlah Pemuisi [Disember 2016]
TRANSIT #2: Di Sini Selama Ini [Februari 2018]
TRANSIT #3: Langit Pasti Kembali Membiru [Mac 2019]
PERANG DUNIA TERAKHIR [Disember 2018]

Secara keseluruhan untuk 4 zine ini melibatkan 80 mukasurat bercetak. Ada sesiapa berminat? Pakej penuh 4 zine = RM10 termasuk kos pengeposan. Whatsapp: 019-2597570.

Isnin, 25 Mac 2019

TRANSIT #3: LANGIT PASTI KEMBALI MEMBIRU


Transit #3 dah siap!

Dicetak dalam format minizine 20 mukasurat (termasuk kulit) bersaiz A5, zine puisi “syok sendiri” karya aku (Sufian Mohamed Salleh) menghimpunkan sejumlah 12 buah sajak dan 4 catatan puitis (kononnya-lah, haha!) untuk dikongsi bersama kalian semua di luar sana kalau-kalau ada yang berminat untuk mendapatkannya lah, hihii! Ini edisi ketiga, susulan kepada dua terbitan Transit-Zine yang terdahulu. Whatsapp: 019-2597570.


hidup ini bagaikan langit terbentang, dan seketika pandangannya terhalang; tompokan awan hitam dan guruh api, takkan pernah merubah jika kau tahu... langit pasti akan kembali membiru.

Khamis, 28 Februari 2019

Fotografi: Mersing 04.02.2019


Lokasi: Tebing Sungai di Mersing, Johor
Tarikh: 4 Februari 2019
Masa: 6:26 - 6:37 petang

Catatan: Masa Lalu


Masa lalu… Jauh tertinggal di hujung waktu. Membayang tepat di senja mata… Jauh di penghujung sana. Andaikan dulu kau tak pergi. Tak mungkin terasakan rindu yang tak bertepi layaknya kini. AL-FATIHAH buat seorang ibu, Allahyarhamah Tijah binti Nahu (6 Disember 1939 – 17 Januari 2019)

Sufian Mohamed Salleh
25 Januari 2019