Sabtu, 10 November 2018

Puisi: Sekalung Kenangan


SEKALUNG KENANGAN

Angin itu membawa berita
Tentang perkhabaran yang hilang
Tentang derita
Tentang kehilangan dia tak pulang

Aku dah lama tahu
Airmatanya yang tempias di bahu
Dibawa bersama cinta mutakhir
Hingga hujung dunia terakhir
Di mana namanya terukir

Pergi dia
Pergi yang tiada tercari
Apakan lagi mahu kembali
Mana mungkin di sini

Lalu aku biarkan
Sekalung budi
Segunung kenangan
Abadi
Dalam senyuman

Sufian Mohamed Salleh
31 Oktober 2018